USM LAHIRKAN RAMAI PAKAR BEDAH NEURO

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Peluang Pekerjaan Warga Tempatan)

Universiti Sains Malaysia (USM) telah melahirkan 110 daripada 152 pakar bedah neuro bertauliah yang ada dalam negara berdasarkan data terkini daripada National Specialist Register (NSR).

Pakar Bedah Neuro merangkap Pensyarah Pembedahan USM, Profesor Datuk Dr Jafri Malin Abdullah berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun belum cukup untuk menampung keperluan sebenar negara.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah meminta agar USM selaku perintis program berkenaan, bersama-sama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan.

“Pihak KKM menyeru agar kita dapat melatih kira-kira 25 pakar setahun dan bermula Disember tahun ini, USM, UKM dan UM akan bekerjasama untuk melatih pakar-pakar neuro untuk cuba menampung keperluan di seluruh negara,” katanya.

Jafri Malin yang juga Pengerusi Kluster Otak dan Tingkah Laku, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM ditemui ketika Upacara Konvokesyen ke-59 USM di sini pada Isnin.

Dalam upacara pada sidang ketiga itu, seramai 574 graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing, antaranya Sarjana Neurosains, Sarjana Neurosains Kognitif, Sarjana Psikologi Klinikal dan sebagainya.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah graduan-graduan cemerlang bagi program berkenaan, antaranya Dr Ang Song Yee dan Dr Diana Noma Fitzrol, masing-masing kini telah memulakan karier sebagai tenaga pengajar di Kampus Kesihatan USM.

Dalam pada itu, Timbalan Penyelaras Program bagi kursus Sarjana Neurosains Kognitif, Dr Aini Ismafairus Abd Hamid pula berkata, sarjana Neurosains Kognitif juga merupakan antara kursus kritikal yang amat diperlukan dalam bidang sains, teknologi dan kesihatan negara.

Beliau berkata, program secara kerja kursus itu mula ditawarkan di USM pada 2018 dan sehingga kini seramai 21 graduan telah berjaya berijazah dalam kursus berkenaan yang turut menerima calon dari pelbagai bidang sains dan sastera.

Sumber:

SInar Harian 

Artikel/Berita Terkini

JKDM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS DALAM LIMA KONTENA BERNILAI LEBIH RM1.9 JUTA

RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH LULUS TIGA RUU

BENTANG: Hajiji ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 pada Persidangan DUN Sabah. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) …
Maklumat Lanjut

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut