SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PEMBORONG DAN PERUNCIT PASAR BORONG SRI GUCHIL

 

KUALA KRAI – Lebih 1,000 penduduk setempat berkongsi kegembiraan dengan menikmati pelbagai juadah Aidilfitri termasuk rendang serta ketupat yang dimasak secara bergotong-royong sempena Sambutan Hari Raya Persatuan Pemborong dan Peruncit Pasar Borong Sri Guchil di sini, pada Ahad.

Yang Dipertua Persatuan Pemborong dan Peruncit Pasar Borong Sri Guchil, Mohd Shukri Ishak berkata, program julung kali diadakan selepas dua tahun ancaman Covid-19 itu bertujuan memulihkan semangat peniaga yang sedikit luntur akibat mengharungi detik sukar semasa pandemik.

Gotong-royong memasak juadah hari raya dilakukan ahli persatuan bersama penduduk setempat.

“Sambutan diadakan pada tahun ini bertujuan merapatkan kembali silaturahim lebih 300 ahli persatuan dan peniaga dengan penduduk setempat di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu Mohd Shukri berkata, keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini turut menyukarkan pemborong dan peruncit untuk meneruskan perniagaan mereka.

“Kami sendiri terbeban dengan keadaan semasa apabila harga barangan semua meningkat sehinggakan kadar sewa tapak perniagaan juga naik sebanyak 60 peratus berbanding sebelum ini.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …