PM TIBA DI TOKYO, LAWATAN SULUNG KE JEPUN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANATRABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu negara Jepun semalam bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun, dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Lawatan pertama YAB Perdana Menteri ke Jepun selepas dilantik Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, adalah lawatan paling berprofil tinggi ke negara Matahari Terbit itu selepas lebih dua (2) tahun, susulan sekatan perjalanan disebabkan pandemik COVID-19.

Turut menyambut ketibaannya di lapangan terbang termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Nor’ Azam Mohd Idrus; Ketua Pengarah Hal Ehwal Asia Tenggara Kementerian Luar Jepun, Kano Takehiro dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

YAB Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida, yang baru memegang jawatan itu Oktober lalu dalam lawatannya ini.

Pertemuan secara fizikal itu akan memberikan peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang, selain membolehkan kedua-dua pemimpin saling bertukar pandangan berhubung kepentingan ketenteraman antarabangsa dan kestabilan serantau.

Antara  agenda utama pertemuan kedua-dua Perdana Menteri tersebut termasuk memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur dan kerjasama pasca COVID-19.

YAB Perdana Menteri akan turut menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia, perhimpunan tahunan pemimpin politik dan ekonomi serta ketua industri dari rantau Asia Pasifik, atas jemputan Nikkei Inc, selain menyampaikan ucaptama di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan “Redefining Asia’s Role in a Divided World.”

Malaysia dan Jepun akan menandatangani memorandum kerjasama dalam tiga bidang membabitkan industri pesawat udara, pekerja mahir, serta belia dan sukan ketika lawatan itu.

Sumber:

Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …