PEJABAT IMIGRESEN DI UTC BEROPERASI SEHINGGA JAM 10 MALAM MULAI RABU INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memaklumkan bahawa semua Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan melanjutkan masa operasi berkaitan urusan passport sehingga jam 10 malam bermula 25 Mei 2022, Rabu ini susulan kesesakan yang berlaku.

Pelanjutan masa itu dilihat sebagai salah satu usaha bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan berkaitan passport terutamanya proses pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA). Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa pejabat UTC di Perlis, Terengganu dan Pahang hanya beroperasi sehingga jam 6 petang kerana jumlah permintaan PMA yang masih rendah.

Sumber : BH

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut