KERAJAAN SALURKAN RM20,502,596.80 KEPADA MURABBI UMMAH WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 – Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM3,390,836.80 yang melibatkan seramai 1,640 orang penerima terdiri daripada Imam, Bilal, Noja, Guru Takmir dan Guru KAFA di Wilayah Persekutuan pada tahun 2022 sempena majlis Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2022.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM dan YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Kerajaan sentiasa menghargai usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para Murabbi Ummah sekalian dalam menyebarkan ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan. Bagi memperkasakan pembangunan dakwah serta kebajikan para Murabbi Ummah.

Beberapa inisiatif telah diumumkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) antaranya :

  1. Pertambahan kouta guru takmir seramai 1000 orang menjadikan jumlah keseluruhan pada tahun 2022 ini seramai 5,000 orang.
  2. Bayaran khas sebanyak RM500 secara “One Off” telah disalurkan kepada 683 orang imam,bilal,siak dan guru takmir sebelum menjelang Hari Raya AidilFitri pada tahun ini.
  3. Caruman Kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO.

JAKIM sangat menghargai sumbangan guru KAFA dalam membentuk generasi dengan menyalurkan bayaran bantuan khas tahun 2022 sebanyak RM600,000.00 kepada 1,200 orang guru KAFA di Wilayah Persekutuan yang telah mencurah bakti mendidik anak bangsa.

Syabas dan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI dan seluruh agensi persekutuan dan Wilayah Persekutuan yang bekerjasama erat dengan JAKIM dalam penganjuran Multaqa pada kali ini.

Semoga penganjuran Multaqa Murabbi Ummah yang diadakan pada hari ini akan menterjemahkan semangat kesatuan para penggerak dakwah demi kemaslahatan umat Islam.

SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA – JAKIM https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut