DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
?????? ????, 24 Mei 2022 – Kemalangan maut melibatkan 2 buah kenderaan di K.M 8.6 Jambatan Pulau pinang dari arah Seberang Perai menghala ke Georgetown. Satu lorong dibuka dan dua lorong ditutup menyebabkan keadaan lalulintas sesak sehingga ke tanah besar.
Atas keperihatinan yang tinggi YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang sendiri telah turun padang memantau dan mengawal lalulintas bersama dua orang anggota Trafik IPK Pulau Pinang demi melancarkan pergerakan kenderaan yang sesak awal pagi tadi di tempat kejadian.
Kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan telah menyebabkan mangsa yang merupakan seorang pemandu & seorang kelindan m/lori telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan manakala pemandu m/treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes telah disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Salam Takziah buat keluarga mangsa.
Sumber: