??????? ?????????? ??????? ????? ??????? ????? ???? ??? ????? ????? ????? ??????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

??????????, 23 Mei 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Program Pencegahan Jenayah Siber Bersama Belia di Segi College Penang hari ini.

Tujuan kempen ini dilancarkan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai jenayah komersil terutamanya melibatkan penipuan jenayah siber yang menunjukkan peningkatan kes pada tahap yang membimbangkan dan seterusnya mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.

Dalam program ini, Ketua Polis Pulau Pinang telah menasihati supaya masyarakat lebih peka dengan isu-isu semasa kerana penjenayah siber kini lebih maju dengan menggunakan teknologi terkini bagi mendapatkan data-data peribadi untuk digunakan bagi menjerat mangsa. Ibu bapa juga seharusnya bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak dengan sahsiah diri yang tinggi bagi mengelakkan daripada melayari laman web yang berunsur negatif. Setiap tindak tanduk anak-anak ini perlulah sentiasa berada dalam kawalan ibu bapa dan akses kepada setiap saluran internet hendaklah dipantau.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …