OPERASI PENCEGAHAN JENAYAH BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Barat Daya, 23 Mei 2022 – Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya telah mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu pada 21 Mei 2022 dari jam 10.00 malam sehingga 2.00 pagi. Dalam operasi tersebut, sebanyak (132) keping saman di atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Seramai 90 orang jumlah keanggotaan yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) telah terlibat dengan Operasi ini.

Dalam operasi tersebut, beberapa sekatan Jalan Raya (SJR) telah didirikan untuk mencegah gejala jenayah jalanan, pemandu mabuk dan lumba haram. Manakala pasukan serbuan pula dikehendaki membuat pemeriksaan di pusat-pusat hiburan bagi mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah, pelacuran dan ‘wanted person’.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut