SEORANG LELAKI DITAHAN KPDNHEP KETIKA CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 19 Mei : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan disini hari ini.
Operasi yang dijalankan bermula jam 9.00 pagi diadakan sekitar sempadan negara dan Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan.
Maklumat risikan mengesan pergerakan sebuah kenderaan dari Pengkalan Kubor sedang membuat pengisian minyak petrol di stesen-stesen minyak secara berulang kali.
Seterusnya Pasukan Operasi membuat serbuan di sebuah stesen minyak Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan dan semasa dilokasi terdapat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna putih sedang membuat pengisian dipam dan seorang pemandu telah ditahan oleh pasukan.
Pemeriksaan lanjut kenderaan mendapati terdapat tangki yang telah diubahsuai dibawah tempat letak tayar gantian dengan anggaran kuantiti 35 liter minyak petrol telah diiisi oleh saspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40an.
Pasukan membuat penyitaan terhadap minyak petrol dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 71.75 kenderaan tersebut yang berpendaftaran Malaysia iaitu jenis Proton Iswara dengan nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 4000.00 bersama pemandu tersebut untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …