KELANTAN BERPOTENSI SEBAGAI PENGELUAR LADA HITAM

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah berjaya menganjurkan Kursus Penanaman Lada Hitam bermula 16 dan berakhir hari ini.
Kursus tersebut melibatkan 38 peserta dari seluruh Kelantan dan dari Bera, Pahang. Manakala fasilitatornya terdiri daripada kakitangan MPB Kuching dan Johor yang sangat berpengalaman dalam bidang berkaitan.
Menurut Pengurus Besar KPKB, Mohd Mukhlis Mukhtar, penganjuran kursus ini adalah langkah pertama KPKB bagi memberi kesedaran potensi tanaman lada hitam kepada masyarakat di Kelantan dalam meningkatkan ekonomi sekali gus menjadikan Kelantan sebagai negeri dengan kepelbagaian hasil tani agar selaras dengan hasrat Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.
“Dalam tempoh empat hari berkursus peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul antaranya pengenalan variati lada, penyediaan bahan tanaman, penanaman, penjagaaan, pengurusan masalah nutrien, pengurusan penyakit dan program pembangunan huluan industri lada”, katanya.
Tambahnya, KPKB akan sentiasa mendokong untuk membantu agenda Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui MPB, dalam mempertingkatkan hasil pengeluaran lada hitam di Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut