JAWI LAKSANAKAN SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH PERBAIKI SOLATKU DAN MAJLIS MAHABBAH AIDILFITRI 2022 BERSAMA MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 19 MEI 2022  –  JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bah. Pengurusan Dakwah dengan kerjasama NGO Islam Mualaf Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Seminar Pemantapan Ibadah:Perbaiki Solatku di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan solat dengan lebih terperinci kepada mualaf. Alhamdulillah seminar telah dihadiri seramai 100 mualaf daripada pelbagai latar belakang pengislaman. Perkongsian ilmu berkaitan pemantapan solat telah diberikan oleh Tn.Hj Muhammad Nazeli bin Jaafar, Jawatankuasa Penasihat HIDAYAH CENTRE FOUNDATION Kuala Lumpur dan Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM.

Seusai seminar ditangguhkan, pada sesi petang Majlis Mahabbah Aidilfitri 2022 turut dianjurkan sempena meraikan bulan Syawal yang masih ada. Majlis mahabbah mendapat kerjasama yang baik daripada NGO dan para pelajar mualaf yang telah membuka reruai(booth) jamuan hari raya untuk tetamu dan jemputan yang hadir. Program seminar dan majlis mahabbah Aidilfitri telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn Hj Mohd Fadzil bin Abu Kasim, bersama Ustazah Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Dakwah JAWI bersama tetamu jemputan dan seluruh peserta mualaf yang hadir.

Semoga seminar ini dapat memantabkan ibadah para mualaf dan majlis mahabbah Aidilfitri memperkukuhkan tautan ukhuwah antara mualaf dan NGO serta JAWI.

Disediakan oleh,

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …