SUKARELAWAN CILIK BANTU GOTONG-ROYONG PASCA BANJIR KABONG, KUALA PILAH

   

KUALA PILAH, 19 Mei – Berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, seramai 13 orang murid Sekolah Kebangsaan Inas bersama tiga orang guru pengiring menghulur tangan sebagai sukarelawan dalam gotong-royong pasca banjir membersihkan kawasan Masjid Kabong, semalam.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah Megat Affendi Ismail penyertaan murid-murid itu bertujuan membina rasa kebersamaan dalam membantu mereka yang dilanda musibah serta mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti kesukarelawanan bermula dari usia muda lagi.

Turut sama dalam program ini Ahli Dewan Undangan Negeri Johol YB Saiful Yazan Sulaiman, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Dato’ Haji Md.Fiah Md.Jamin, Penghulu Inas Dato’ Mohd Arif Arida, Dato-Dato’ Adat, para petugas dari Majlis Daerah Kuala Pilah, Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah, Pejabat Pendidikan Daerah, Bomba, JUPEM dan penduduk setempat.

Sumber : MalaysiaAktif

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut