KEJAYAAN TANGKAPAN KES KECURIAN KABEL DAN TEMBAGA DI ALAMANDA, PUTRAJAYA

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2022 – YDH ACP A. Asmadi bin Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Daerah Putrajaya telah mengadakan sidang media di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, IPD Putrajaya berkenaan Kejayaan Tangkapan Kes Kecurian Kabel Dan Tembaga Di Alamanda, Putrajaya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan telah berjaya diselesaikan dalam masa kurang dari 3 hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

KPD Putrajaya memberi amaran keras kepada semua pihak yang menjalankan perniagaan barangan lusuh untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan jual beli barangan curi.

Turut hadir sidang media ini adalah Pegawai Tenaga Nasional Berhad Cawangan Putrajaya/ Cyberjaya.

Sumber: FB Polis KL https://www.facebook.com/PolisKL

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …