YOUTUBER PENDIDIKAN

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2022 – Youtuber Pendidikan yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) merupakan inisiatif terbaharu JAWI bertujuan menghasilkan video kreatif pembelajaran merangkumi pelbagai mata pelajaran seperti Akhlak, Jawi, Tajwid dan Sirah di samping menganjurkan webinar pendidikan. Kesemua Youtuber tersebut menerima penghargaan dalam majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI dan Sambutan Hari Guru yang diadakan pagi tadi.

Inisiatif yang dimulakan semenjak tahun lalu itu turut mendapat kerjasama Akademi Youtuber Malaysia dan e-Didik Malaysia. Untuk rekod, terdapat 5 buah SIRAJ, 71 buah SRA dan 130 Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menyediakan kemudahan pembelajaran dan pendidikan agama kepada umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

MEREMPIT UNDANG MAUT, JAUHI REMPIT!

Keseronokan yang hanya seketika tidak berbaloi dengan risiko kehilangan nyawa. Aktiviti merempit bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan …

BAHAYA DUMMY BUCKLE!

Nyawa anda bukan untuk dipertaruhkan! Masih ramai yang menggunakan dummy buckle semata-mata untuk elakkan bunyi amaran tali pinggang keledar. Tapi …

JEREBU: KESEDARAN AWAL, PERLINDUNGAN DIRI DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Jerebu merupakan fenomena yang berpunca daripada kehadiran partikel kecil yang terapung di udara. Keadaan jerebu yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan, …