CAJ PENCEMARAN PLASTIK AKAN DILAKSANAKAN DI SEMUA NEGERI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE) yang berlangsung pada 17 Mei 2022 telah mancapai kata sepakat untuk mengenakan Caj Pencemaran Plastik.

Sehubungan dengan itu, semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan caj tersebut dengan nilai maksimum 20 sen bagi setiap helaian beg plastik melalui Kempen Tanpa Beg Plastik seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha berkesan untuk mengurangkan pencemaran plastik di Malaysia.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …