MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ‘AIDILFITRI@DATARAN MERDEKA’

Sebanyak 120 Gerai Pelbagai Juadah, Menu Kambing Golek Tarikan Utama.

 KUALA LUMPUR, 17 MEI 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya ‘Aidilfitri@Dataran Merdeka’ akan diadakan pada 28 Mei 2022 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail dalam majlis Perhimpunan Bulanan Warga JAWI dan Sambutan Hari Guru.

 

Program anjuran JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama rakan strategik menghimpunkan masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan bagi menyediakan 120 gerai pelbagai menu dan juadah yang menyelerakan secara percuma untuk dinikmati oleh orang ramai. Majlis dijangka dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim.

 

Program dengan konsep yang serupa julung kali diadakan pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda negara. Acara tersebut menarik kehadiran 20,000 pengunjung pelbagai latar belakang dengan menu tarikan utama kambing golek dan durian. Acara berkenaan turut menerima anugerah _Malaysia Book of Records_ dalam Penganjuran Masjid Paling Banyak Dalam Acara Rumah Terbuka Hari Raya.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …