MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SMART SAWAH BERSKALA BESAR (SMART SBB) DI NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Bukit Mertajam, 18 Mei 2022: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee telah hadir ke Majlis Perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan syarikat peneraju Pulau Pinang di Permatang Nibong pada 17 Mei 2022.
Dalam sidang media selepas majlis tersebut, beliau telah memaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) sedang mengenal pasti varieti padi yang mempunyai daya tahan tinggi terhadap perubahan cuaca khususnya musim tengkujuh dan kemarau. Cuaca adalah antara faktor yang perlu dihadapi dalam industri padi dan beras negara.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada konsep Smart SBB dapat membantu mengoptimumkan pengeluaran padi ketika berlaku perubahan cuaca, Ronald bekata, kajian dan penambahbaikan itu sudah diambil kerajaan sejak industri bermula sehingga kini.

Mengulas lanjut, Ronald memaklumkan bahawa Smart SBB bermatlamat meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran padi dan pendapatan pesawah dengan sasaran jumlah kawasan sawah padi seluas 150,000 hektar di seluruh negara secara berperingkat. Jelasnya, sehingga Mac lalu , seramai 4,123 orang peserta menyertai program itu dengan jumlah keluasan lebih 10,000 hektar.

Program Smart SBB terbukti berhasil meningkatkan pendapatan dan purata hasil padi sehektar, selain mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …