TAKTIK NELAYAN VIETNAM MENANGKAP IKAN DI SEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA ELAK DITANGKAP

CHUKAI, KEMAMAN – Nelayan Vietnam dikesan menjadikan kawasan sempadan perairan Malaysia dan Indonesia sebagai lokasi baharu mencuri hasil laut negara kerana mudah melepaskan diri daripada ditangkap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Taktik ini dikesan dengan penahanan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 21 nelayan termasuk seorang tekong pada kedudukan 108 batu nautika tenggara dari Kuala Kemaman, petang 15 Mei 2022.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim, Rashidilhadi Abd Rashid, berkata bot itu ditahan kira-kira 5.30 petang ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda ganding bersama tiga lagi bot nelayan dari negara yang sama. Ini merupakan taktik terbaharu nelayan asing mencuri hasil laut negara pada kedudukan lima hingga 10 batu berhampiran dengan perairan Indonesia kerana mudah menyelamatkan diri daripada ditangkap.

Kerjasama di antara pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam yang memperketatkan kawalan di sempadan perairan dan kawasan pelantar minyak menyebabkan nelayan asing mula menumpukan kawasan selatan Laut China Selatan sebagai lokasi terbaharu untuk menjalankan aktiviti haram itu.

Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua nelayan terbabit yang berusia di antara 18 hingga 54 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan bot berkenaan turut tidak mempunyai sebarang permit untuk menangkap ikan di perairan negara. Selain bot, kira-kira 1,000 liter diesel, dua tan ikan pelbagai jenis dan alatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Sumber : Berita Harian

NILAI TERAS KEUTUHAN &KEDAULATAN WILAYAH

NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …