PHARMANIAGA BINA KILANG BERNILAI RM300 JUTA BAGI HASILKAN INSULIN DAN VAKSIN HALAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) kini dalam usaha membina sebuah kilang bernilai RM300 juta di Puchong, Selangor yang akan beroperasi bagu menghasilkan insulin dan vaksin halal. Kilang tersebut dijangka akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023 dan akan mula beroperasi pada tahun 2024.

Apabila mula beroperasi, kilang tersebut akan menghasilkan vaksin COVID-19 seta pelbagai vaksin lain dan insulin dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 100 hingga 300 juta dos dalam tempoh setahun.

Pendekatan ini diambil oleh Pharmaniaga berdasarkan pengalam negara diserang pandemik COVID-19 dan keperluan agar Malaysia mempunyai jaminan ubat-ubatan. Pharmaniaga juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara ini.

Malaysia buat masa ini bergantung sepenuhnya terhadap bekalan vaksin yang diimport dari luar negara. Dengan adanya kilang ini, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan terhadap negara lain bagi mendapatkan vaksin.

Sumber:

Bernama, Utusan Malaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …