MALARIA ZOONOTIK : 2 KES KEMATIAN DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 17 MEI 2022 – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan terdapat dua kes kematian membabitkan jangkitan malaria zoonotik di Terengganu tahun ini. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata satu kes dilaporkan di daerah Hulu Terengganu dan di Setiu. Kedua-dua kes mempunyai isu yang mereka mendapatkan rawatan dengan lewat serta tidak menyatakan dengan jelas atau menyembunyikan sejarah perjalanan.

Menurut JKNT, mereka yang bekerja atau melakukan aktiviti membabitkan hutan,  segera mendapatkan rawatan dik klinik atau hospital apabila demam dan perlu menyatakan sejarah perjalanan ke hutan atau pinggiran hutan. Tindakan ini dapat membantu pihak kesihatan untuk membuat diagnosis berkaitan malaria seterusnya dapat mengesan jenis penyakit.

Mengikut rekod terdapat 13 kes malaria dilaporkan di negeri ini, 12 kes membabitkan malaria zoonotik dan satu kes import malaria manusia. Sejak tahun 2012 tidak ada kes malaria jangkitan tempatan dilaporkan di negeri ini dan membuktikan keberkesanan pelaksanaan inovasi dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penduduk di kawasan pedalaman juga perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pakaian dapat melindungi gigitan nyamuk serta guna ubat penghalau nyamuk.

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut