ECRL PENGUBAH KEADAAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pembangunan Infrastruktur Negara)

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan membantu menarik kedatangan pelancong, pedagang dan pelabur, menggalakkan integrasi ekonomi, sekali gus mempererat hubungan rakyat antara negeri di Pantai Timur dengan bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur.

MIDA menyifatkan projek di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang telah siap hampir 30 peratus itu sebagai “pengubah keadaan” bagi pembangunan ekonomi Malaysia pada masa depan.

Menurut Presiden MIDA, Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) yang terletak di pantai timur merupakan satu lagi contoh pencapaian kerjasama kedua-dua negara bersama-sama taman kembarnya, Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou (CMQIP).

Di bawah kerangka BRI, kini MCKIP berjaya menarik pelabur dari China dan negara ASEAN yang lain, secara tidak langsung menjadi penjana bagi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di Malaysia. Pada masa sama, Pelabuhan Kuantan yang pesat diperbesarkan juga telah menjadi pintu laluan pengangkutan maritim ke selatan China.

Menurut MIDA lagi, ECRL akan menjadi koridor yang mengaktifkan Pelabuhan Kuantan, MCKIP dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Menyentuh mengenai pemulihan ekonomi pada era endemik, MIDA berharap agar lebih banyak kerjasama dalam bidang kesihatan awam dan pendigitalan di bawah BRI.

 

Sumber:

Sinar Harian, Bernama

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …