PROGRAM BAKUL MAKANAN MYFOOD@WILAYAH

WP LABUAN – Seramai 2,100 individu berdaftar di bawah E-Kasih di Labuan menerima bantuan beras menerusi program Bakul Makanan MYFood@Wilayah yang dilaksanakan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan.
Menurut pengerusinya, En. Mohd Dzulfaizal Ab Manan jumlah beras yang disumbangkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan berjumlah lebih 10,000 kampit beras 10 Kg yang diagihkan secara berperingkat dalam tempoh lima bulan.
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan Datuk Khalid Abd Ghani menzahirkan penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di atas keprihatinan sumbangan yang diberikan kepada warga Labuan bagi meringankan beban taraf hidup penerima berkenaan.
SUMBER: BES LABUAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …