DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)
Program PICKids dilanjutkan ke 31 Mei 2022. Selepas 31 Mei 2022, kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun tidak lagi vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids. Mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta.
Walaubagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19. Pemberian vaksinasi SECARA WALK-IN di Klinik Kesihatan dalam tempoh 6 minggu selepas sembuh atau selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2022.
Pilihlah untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 untuk anak anda supaya mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan teruk dan komplikasi penyakit COVID-19.
Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia