JANGKA HAYAT PERALATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

[ INFOGRAFIK E-WASTE : JANGKA HAYAT PERALATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK ]

Tahukah anda, setiap peralatan elektrik dan elektronik mempunyai jangka hayat yang tersendiri sebelum ia menjadi e-waste? Jangka hayat barangan ini berbeza bergantung kepada kualiti dan cara pengguna mengendalikan barangan ini.

Perincian jangka hayat kebanyakan barangan elektrik dan elektronik adalah seperti di bawah :

  • Telefon Pintar : 2 Tahun
  • Komputer Riba : 3 Tahun
  • Televisyen : 5 Tahun
  • Mesin Basuh : 8 Tahun
  • Peti Sejuk : 10 Tahun
  • Pendingin Hawa : 12 Tahun

Gunakan peralatan elektrik dan elektronik anda dengan cermat bagi meningkatkan jangka hayat dan mengurangkan jumlah e-waste yang dihasilkan. Pastikan anda melupuskan e-waste dengan menghantar ke pusat pengumpulan berdaftar sekiranya barangan elektrik dan elektronik telah rosak.

Jom layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my atau muat turun aplikasi ‘MyEwaste’ untuk mengetahui senarai lokasi pusat pengumpulan dan kemudahan pemerolehan kembali berhampiran anda.

“E-Waste Dikitar, Bumi Terpelihara”

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

 

SUMBER: FB JABATAN ALAM SEKITAR https://www.facebook.com/doe.gov.my

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut