KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DAN MENYANTUNI YAM THE PRINCESS ROYAL DI SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, BELGRAVE SQUARE, LONDON

LONDON, 12 Mei 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menerima kuniungan hormat dan menyantuni YAM The Princess Royal di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom petang semalam (11 Mei 2022).

YAM The Princess Royal kemudiannya berkenan melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, sempena Minggu Kraf London (London Craft Week) dari 9 hingga 15 Mei 2022.

Seri Paduka Baginda, yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut berkenan memberi penerangan kepada YAM The Princess Royal berkenaan pameran tersebut yang menampilkan busana tenunan hasil kerja tangan penghuni di Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang, termasuk pilihan pakaian Seri Paduka Baginda sendiri, serta koleksi rekaan dan tenun peribadi.

Pameran yang bertemakan “Menyulam Harapan” (Weaving Hope) turut menampilkan fabrik arkib dari Muzium Pahang dan koleksi baju kurung dan samping Riau-Pahang serta penenun yang merupakan bekas banduan penjara.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima kunjungan hormat dan menyantuni YAM The Duchess of Gloucester di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Dalam lawatan ke pameran, YAM The Princess Royal dan YAM The Duchess of Gloucester masing-masing turut berkenan meluangkan masa menyaksikan demonstrasi penghasilan kain tenun oleh penenun Pahang Diraja.

Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAM The Princess Royal dan YAM The Duchess of Gloucester atas kesudian meluangkan masa melawat pameran Tenun Pahang Diraja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut