KADUN BATU LANCANG, PULAU PINANG PEROLEH AED YANG KEEMPAT DI PASAR AWAM JELUTONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA  : KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik Dan Keselamatan Kesihatan)

BATU LANCANG, 12 Mei 2022 : Pemasangan alat Defibrilator Luaran Automatik / Automated External Defibrillator (AED) di Pasar Awam Jelutong pada 12 Mei 2022 merupakan pemasangan yang keempat bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Lancang, Pulau Pinang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.31 Batu Lancang, Y.B. Ong Ah Teong memaklumkan bahawa pihaknya telah menyumbangkan dua (2) unit AED bernilai RM8,800 setiap satu untuk dipasang di Pasar Awam Jelutong dan Pasar Awam Jalan Perak. Pemasangan AED ini amat penting apabila berlaku kes kecemasan terutamanya melibatkan serangan jantung. Ini kerana individu tersebut perlu dipulihkan pernafasannya dalam masa empat (4) minit untuk mengelakkan risiko kematian.

 


Menurutnya lagi, inisiatif pemasangan alat AED di tempat awam diambil kerana serangan jantung boleh berlaku di mana-mana sahaja. Selain di Pasar Awam Jelutong dan Pasar Awam Jalan Perak, terdapat dua (2) lagi unit AED telah dipasang iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Heng Ee dan Pasar Awam Batu Lancang.

Sebanyak 160 unit AED keseluruhannya telah dipasang di bahagian pulau. AED ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja terutama orang awam kerana ia memainkan peranan besar untuk menyelamatkan nyawa sementara menunggu bantuan daripada pegawai perubatan.

Turut sama semasa lawatan pemasangan AED tersebut ialah Encik Ong Swee Jin selaku Pengerusi Community Emergency Response Team (CERT) George Town.

 

Sumber:

Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut