JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG PERKENALKAN BAITI JANNATI CARE

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Masjid Daerah dan Masjid Kariah telah menyediakan Perkhidmatan Kaunseling/Khidmat Nasihat (BAITI JANNATI CARE). Perkhidmatan ini disediakan secara percuma bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu Kedua dan Keempat.

Antara masjid yang terpilih untuk diadakan perkhidmatan ini ialah :
1. Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang
2. Masjid Al-Mustaghfirin, Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang
3. Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang
4. Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
5. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, Pulau Pinang, dan
6. Masjid Jamek Al-Ihsaniah Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi membantu masyarakat setempat mendapatkan sokongan sosial dan emosi terutamanya dalam berhadapan isu-isu kekeluargaan, di samping membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat.

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut