HARI JURURAWAT SEDUNIA – PENGORBANANMU TIDAK TERNILAI

Tanggal 12 Mei setiap tahun adalah hari yang dihargai oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia kerana hari terbabit diiktiraf sebagai Hari Jururawat Sedunia.

Sesungguhnya, tugas dan tanggungjawab seseorang jururawat sangat besar dalam menyediakan khidmat untuk merawat pesakit di hospital. Sumbangan mereka seiring pentingnya dengan tugasan seorang doktor. Bak kata orang, di mana ada doktor, maka di situ adanya jururawat. Begitu eratnya perkhidmatan kejururawatan dengan kedoktoran dalam urusan merawat dan memberikan perkhidmatan kesihatan awam.

Masyarakat di peringkat apa sekalipun amat terhutang budi dengan jasa yang dicurahkan selama ini bekerja siang malam tanpa mengira waktu. Demi amanah yang digalas, segala masalah peribadi diketepi semata-mata untuk melihat pesakit yang dirawatnya kembali sembuh seperti sediakala. Mungkin, tiada yang lebih menggembirakan hati seseorang jururawat melebihi tatkala melihat pesakit yang dirawatnya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Terima kasih atas segala pengorbanan,

Selamat Hari Jururawat Sedunia!

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …