ADUAN AWAM BAS PEKERJA (KPA) PARKIR DITEMPAT TIDAK DIBENARKAN DI KAWASAN PERUMAHAN RELAU ; JPJ PULAU PINANG AMBIL TINDAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Relau, Pulau Pinang, 12 Mei 2022 – Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) bas pekerja yang didapati meletak atau parkir kenderaan di tempat tidak dibenarkan di sekitar kawasan perumahan di Relau. Tindakan segelintir pemandu meletak atau parkir kenderaan bas pekerja di tempat tidak dibenarkan ini telah menyebabkan halangan dan gangguan lalulintas serta menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Dalam operasi yang diadakan pada 11 Mei 2022 ini, sebanyak 27 buah kenderaan bas pekerja dan bas persiaran telah dikenakan tindakan notis dibawah Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut