PROGRAM SUMBANGAN JUADAH AIDILFITRI KEPADA PETUGAS HKL

KUALA LUMPUR, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan Program Sumbangan Juadah Aidilfitri kepada para pertugas dan pesakit HKL. YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan telah hadir menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kepada YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana binti Johan, Pengarah HKL. Pada majlis tersebut sebanyak 1000 kotak juadah Aidilfitri yang mengandungi masakan rendang, nasi impit, pulut kuning dan biskut raya telah disumbangkan untuk buat diagihkan kepada para petugas dan pesakit di HKL.

Turut hadir dalam program penyerahan sumbangan ini adalah YBhg. Datuk Abdul Malik Abdullah, Naib Pengerusi YKKK dan YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali, Ketua Eksekutif Yayasan Prihatin, YBrs. Encik Azizul Kamaredzuan bin Azizul Akimi, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Hjh Shahrum binti Ismail, Timbalan Pengarah Perubatan 1. Selain itu, turut hadir sama ialah YBhg. Dato’ Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma. YBrs Dr Marina bnti Abdullah Sani, Timbalan Pengarah 3 serta beberpa orang pegawai-pegawai kanan HKL.

Dikeluarkan oleh: Unit Komunikasi Korporat HKL

Sumber : FB HOSPITAL KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …