MEMILIKI BARANG KAWALAN TANPA LESEN SAH SEBUAH PREMIS DIAMBIL TINDAKAN KPDNHEP KELANTAN

 

TANAH MERAH 10 Mei : KPDNHEP Negeri Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat telah menjalankan Operasi Bersepadu dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara disini hari ini.
Operasi bermula jam lebih kurang 10.00 pagi dijalankan sekitar Kampung Bukit Merah Dalam, Tanah Merah, Kelantan.
Bertindak daripada hasil maklumat risikan yang telah dijalankan telah mendapati sebuah premis menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak dan tepung gandum tanpa memiliki lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pasukan Operasi menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis tersebut telah menemui minyak masak paket 1kg bersubsidi dan tepung gandum 1kg bersubsidi diletakkan di bawah garaj dalam kawasan sebuah rumah di lot tersebut.
Sitaan terhadap Minyak Masak Paket 1kg bersubsidi sebanyak 408kg dan Tepung Gandum Serbaguna Paket 1kg berjumlah 840 kg telah dibuat kerana pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen sah mengenai pemilikan barang kawalan tersebut seperti mana yang diperuntukan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Anggaran nilai rampasan barangan kawalan adalah sebanyak RM 1020.00 bagi Minyak Masak Paket dan RM 2100.00 melibatkan tepung gandum dengan keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM 3120.00
Siasatan dan tindakan lanjut akan dijalankan oleh KPDNHEP Negeri Kelantan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …