MAJLIS SAMBUTAN SYAWAL 1443H HOSPITAL KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengadakan Majlis Sambutan Syawal 1443H, bagi meraikan sebahagian daripada petugas-petugas HKL yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana bertugas pada hari lebaran 1 Syawal.Majlis tersebut menjadi lebih meriah dengan kehadiran YB.Khairi Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia. Sebelum itu, YB Khairi Jamaluddin,telah mengadakan lawatan ke Hospital Tunku Azizah (HTA). Beliau yang diiringi oleh YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana Johan, Pengarah HKL telah menyantuni beberapa pesakit-pesakit kanak-kanak dan petugas di hospital tersebut.

Pelbagai jenis hidangan telah disajikan kepada para jemputan. Walaupun majlis tersebut diadakan secara sederhana, namun ia cukup meriah dan bermakna kepada petugas-petugas HKL yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat bagi memastikan semua pesakit diberi rawatan dan penjagaan yang sebaiknya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Harjeet Singh a/l Hardeev Singh, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, pegawai-pegawai kanan KKM dan HKL serta beberapa jemputan daripada agensi syarikat swasta. Di majlis ini juga, YB Menteri turut berbesar hati menyampaikan cenderahati berupa sebiji kek kepada wakil petugas setiap wad. Seramai lebih kurang 1900 petugas HKL telah bertugas pada setiap tahun hari lebaran.

Dikeluarkan oleh: Unit Komunikasi Korporat HKL

Sumber : FB HOSPITAL KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/hospitalkualalumpur

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut