KANTOI SIMPAN STOK BARANGAN KAWALAN DI RUMAH

 

TANAH MERAH – Tindakan seorang peniaga menyimpan stok barangan kawalan dalam kuantiti banyak tanpa lesen di rumahnya di Kampung Bukit Merah Dalam di sini terbongkar apabila diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Kelantan pada Selasa.

Pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis berkenaan tidak memiliki lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pemeriksaan lanjut ke atas premis tersebut telah menemui minyak masak peket bersubsidi seberat 408 kilogram (kg) dan 840kg tepung gandum di bawah garaj dalam kawasan rumah berkenaan.

Tndakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang terutamanya melibatkan penyelewengan barangan kawalan bersubsidi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan penyeludupan barangan subsidi ini boleh menghubungi pihak kami dengan segera.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut