KUAT KUASA PERATURAN UNTUK AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGABAIAN HAIWAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

BERNAMA pada 10 Mei 2022 melaporkan beberapa peraturan di bawah Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021-2030 termasuk berkaitan pemilikan haiwan bakal dikuatkuasakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang mengabaikan haiwan milikan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd Noor berkata Kod Amalan Kebajikan Haiwan (KAKH) sebelum ini tidak mempunyai ‘legal binding’ atau tidak terikat dengan undang-undang untuk diambil tindakan tetapi hanya sebagai garis panduan untuk pemilik haiwan dalam perihal kebajikan haiwan. Di bawah peraturan pemilikan haiwan yang bakal dikuatkuasakan kelak, pemilik haiwan boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya didapati mengabaikan haiwan milikan mereka termasuk membuang haiwan itu di mana-mana lokasi.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima banyak aduan mengenai kes pengabaian dan penganiayaan terhadap haiwan iaitu 768 aduan pada 2020 dan meningkat kepada 1,249 pada tahun lepas, dengan peningkatan ketara diterima bagi aduan melibatkan anjing, kucing, kuda, lembu dan haiwan eksotik. Untuk tiga bulan pertama tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menerima 298 aduan.

Sumber: Laman Web BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …