HIASI PERIBADI PELAJAR DENGAN TAKWA –DATO’ SITI ZAILAH

 

RANTAU PANJANG – Kemeriahan sambutan Aidilfitri tidak lengkap tanpa kehadiran anak-anak sebagai penyeri suasana. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mengambil kesempatan meraikan Majlis Kesyukuran Aidilfitri bersama para pendidik dan 265 pelajar di Dewan Sri Gemilang, Sekolah Kebangsaan Lubok Setol, hari ini.
Para pelajar sangat gembira menerima duit raya sambil beramah mesra secara dekat dengan pemimpin mereka yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sangat tawaduk, peramah dan pemurah.
Sementara itu, Dato’ Siti Zailah pula terharu dengan sambutan hangat daripada warga sekolah tersebut yang teruja mahu beraya bersamanya dalam majlis yang bermula pukul 7.45 pagi hingga 12.45 tengah hari.
Beliau berpesan agar para guru istiqamah mendidik dan menghias peribadi anak-anak murid dengan takwa agar mereka menjadi pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin serta selalu mematuhi arahan guru dan ibu bapa.
Dato’ Siti Zailah turut mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita bergelar ibu yang sangat berjasa dan banyak berkorban segala-galanya dalam melahirkan generasi Rabbani dan insan bermoral.
Beliau juga amat terharu melihat kesungguhan guru melatih para pelajar berpadu suara menyanyikan lagu Suasana Hari Raya sebagai persembahan kepada hadirin.

Artikel/Berita Terkini

JKDM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS DALAM LIMA KONTENA BERNILAI LEBIH RM1.9 JUTA

RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH LULUS TIGA RUU

BENTANG: Hajiji ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 pada Persidangan DUN Sabah. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) …
Maklumat Lanjut

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

MCMC SEDANG MENGESAN INDIVIDU TERLIBAT DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI AI YANG MENYUNTING GAMBAR SEHINGGA MENGAIBKAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL Suruhanjaya Komunikasi dan …
Maklumat Lanjut