DATUK BANDAR TINJAU KEBUN KEJIRANAN BANDAR SUNGAI BUNUS

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2022 – YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur meluangkan masa meninjau Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus, Kuala Lumpur. Program Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus telah diusahakan oleh komuniti setempat secara sukarelawan sejak tahun 2017 melalui program LA21 KL.

Sebanyak 10 plot kebun yang melibatkan 10 pihak berkepentingan dan terdiri daripada pihak swasta, institusi pendidikan , persatuan penduduk berdekatan dan badan bukan kerajaan (NGO’s) turut terlibat dalam program ini.

Turut hadir Pengarah JPRB , pegawai-pegawai kanan DBKL dan Pengerusi Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus yang turut berbincang mengenai tindakan bagi menaiktaraf dan menambahbaik Kebun Kejiranan Bandar ini supaya lebih tersusun , cantik dan memberi manfaat kepada komuniti yang terlibat juga secara tidak langsung kepada warga Kuala Lumpur.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …