STATISTIK KESALAHAN TIDAK PATUH HAD LAJU DAN ISYARAT LAMPU MERAH MELALUI KAMERA (AwAS) SEHINGGA 5 MEI 2022

PUTRAJAYA, 6 Mei 2022 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari pelaksanaan Ops HRA 2022 telah mengesan dan merekodkan sebanyak 4.7 juta buah kenderaan melalui kamera AwAS di lebuhraya seluruh Malaysia. Daripada pengesanan tersebut, sebanyak 35,618 kesalahan direkodkan memandu melebihi had laju dengan jumlah ketidakpatuhan sebanyak 0.75 peratus.

Manakala, sebanyak 1.5 juta buah kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah bersamaan 0.66 peratusan ketidakpatuhan.

Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui Kamera AwAS ini merupakan antara lima (5) kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun. Sekiranya disabitkan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bukan itu sahaja, pengguna jalan raya yang melanggar kedua-dua kesalahan ini juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga 4 mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan. Sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Untuk rekod, sebanyak 45 Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) telah beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju, manakala 16 kamera lagi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Objektif akhir pelaksanaan kamera AwAS adalah bertujuan untuk meningkatkan pematuhan terhadap hadlaju dan lampu isyarat serta mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya. Justeru, JPJ ingin menyeru kepada semua pengguna jalan raya seluruh negara untuk terus mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Penguatkuasaan secara pengesanan teknologi digital ini telah menjadi amalan antarabangsa yang terbukti efektif dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta akan dapt meningkatkan reputasi negara setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

SUMBER: JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA  https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut