PROGRAM ‘TALK TO US’ & AMANITA BALAI POLIS PANTAI

KUALA LUMPUR, 5 MEI 2022 – Program ‘Talk To Us’ & ‘Amanita’ Balai Polis Pantai telah diadakan di perkarangan Kedai Serbaneka 7-Eleven Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Sjn Badrul Hisham bin Senapi, Penyelia Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama Sjn Mazlan bin Abd Hamid, Kpl Mohd Azmizam bin Ahmad, Kpl Norhuda binti Selamat dan L/Kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah hadir mengendalikan kaunter pameran dan penerangan serta seramai 15 orang pengunjung di 7-Eleven Taman Bukit Angkasa telah berkunjung ke kaunter tersebut.

Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan disamping merapatkan hubungan dua hala yang mesra antara masyarakat dengan PDRM. Penganjuran pogram ini juga untuk memperkenalkan peranan dan fungsi AMANITA kepada kaum wanita serta peranan mereka dalam menyalurkan mklumat kegiatan aktiviti jenayah di kawasan perumahan.

Maklum balas turut diperoleh daripada orang awam berkaitan jenayah yang berlaku terutama disekitar kawasan Taman Bukit Angkasa. Pada keseluruhannya, program yang dijalankan ini telah mencapai objektifnya dalam usaha memberi kesedaran dan pemahaman berhubung pentingnya pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah. Program ini telah berjalan lancar dan telah berakhir dengan jayanya pada jam 11.00 pagi.

 

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut