PROGRAM CUCI KL

KUALA LUMPUR, 6 MEI 2022 – Program Cuci KL yang telah berlangsung di sekitar bandar raya Kuala Lumpur pada 6 Mei 2022 telah dihadiri oleh YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama pengurusan tertinggi DBKL, kakitangan Jabatan dalaman DBKL dan juga agensi luar seperti Alam Flora dan SwCorp.

Program Cuci KL merupakan program cetusan idea YB Dato Sri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan sebagai salah satu cara untuk membendung daripada terjadinya banjir kilat di Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program ini adalah seperti aktiviti plogging dan juga mencuci scupper drain menggunakan water jet agar aliran air dapat mengalir dengan lancar dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada air bertakung di atas jalan yang akan mengakibatkan banjir kilat.

DBKL juga berharap warga kota dapat bersama-sama memainkan peranan mereka dengan tidak membuang sampah secara merata-rata dan sentiasa menjaga kebersihan bandar raya Kuala Lumpur yang tercinta ini.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut