OPS SAMAR PEMATUHAN SOP PPN FASA ENDEMIK DI KUALA KRAI

 

KUALA KRAI 8 Mei : Sepasukan 3 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Pemantauan, Pemeriksaan dan Pematuhan di lokasi-lokasi tumpuan awam.
Ops Samar Pematuhan SOP PPN Fasa Endemik terhadap Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Peruncitan mendapati premis mematuhi perundangan yang ditetapkan.
Pemantauan dan pemeriksaan telah dijalankan ke atas rantaian pembekalan telur ayam dan bekalan semasa telur ayam direkodkan semasa pemeriksaan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan dan pemantauan keatas farmasi-farmasi komuniti, fasiliti kesihatan dan premis yang dibenarkan yang menjual Kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan MDA telah dijalankan, maklumat harga dan bekalan semasa yang ada di pasaran direkodkan.
Maklumat harga jualan minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol direkodkan, untuk pelaporan dan tindakan selanjutnya.
Jumlah Pemeriksaan Premis yang telah dijalankan sebanyak 29 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
?e-aduan.kpdnhep.gov.my
? Tel : 09-7416000
? Whatsapp : 019-2794317 @ 019-848000 (Aduan Pengguna)
? Talian Hotline : 1-800-886-800

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut