LIMA SEKELUARGA CEDERA RUMAH MELETUP DIPERCAYAI KEBOCORAN GAS MEMASAK DI TAMAN CENDERAWASIH, NIBONG TEBAL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

BERNAMA pada 9 Mei 2022 melaporkan lima sekeluarga mengalami kecederaan selepas rumah mereka di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran gas dalam kejadian malam tadi. Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua unit rumah lagi terutamanya di sebelah kiri dan kanan rumah mangsa rosak serta sebuah motosikal dan sebuah kereta yang masing-masing diletakkan di bahagian hadapan dan belakang rumah tersebut juga rosak akibat letupan berkenaan. Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Abd Syukur @ Mohd Ilhami Musa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian letupan membabitkan tiga unit rumah setingkat itu pada 9.45 malam sebelum jentera pertama terus bergegas ke lokasi. Apabila pihak bomba tiba mendapati terdapat tiga buah rumah iaitu nombor 141, 143 dan 145  yang terletak bersebelahan dengan anggaran keluasan 74 meter persegi setiap rumah telah mengalami kesan kemusnahan seakan terkena bahan letupan. Pemeriksaan awal bomba mendapati bahagian bumbang dan juga struktur dinding rumah mengalami kerosakan yang berkemungkinan berpunca daripada kebocoran gas masakan. Abd Syukur berkata berdasarkan maklumat, lima ahli keluarga dari rumah nombor 143 mengalami kecederaan dan letupan tersebut juga dipercayai bermula dari kediaman tersebut sehingga menyebabkan dua unit rumah yang terletak bersebelahan turut rosak.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut