LAWATAN KERJA DAN KEBAJIKAN PENGARAH KOR ORDNAN DIRAJA KE 8 KOMPENI KOR ORDNANS DIRAJA

 

BUKIT CINA : Pengarah Kor Ordnans Diraja, Brig Jen Mohd Tamam bin Jamioon telah melaksanakan Lawatan Kerja ke 8 KOD pada 27 Apr 22.
Lawatan kerja ini bertujuan bagi melihat dengan lebih dekat keadaan dan pencapaian pasukan di samping menyampaikan maklumat berkaitan hala tuju kor pada masa kini dan hadapan.
Ketibaan Pengarah KOD disambut oleh Pegawai Pemerintah 8 KOD, Mej Rizal Ifny bin Abd Aziz. Lawatan dimulakan dengan Pemeriksaan Perbarisan di Medan Perbarisan Pasukan 8 KOD. Sejurus itu, Pengarah KOD telah merasmikan Bilik Taklimat 8 KOD sebelum sesi taklimat disampaikan oleh Pegawai Pemerintah 8 KOD.
Lawatan diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra Pengarah KOD bersama Warga 8 KOD di Dewan Trafik. Di kesempatan itu, acara penyampaian sumbangan kepada enam anggota yang mempunyai isteri dan anak yang sakit kronik telah disampaikan oleh Pengarah KOD dan majlis diakhiri dengan menandatangani Buku Lawatan sebelum beliau meninggalkan dewan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut