DBKL FOKUS MENGATASI MASALAH BANJIR DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2022 – Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan fokus utama adalah bagi mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur.

Antara perkara yang dibincangkan adalah tindakan segera di kawasan hotspot banjir, membaiki segera longkang dan culvert longkang yang rosak/ runtuh supaya air tidak bertakung dan mengalir ke sungai serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkaitan sistem saliran dengan segera.

DBKL juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani masalah sisa sampah di dalam sungai dan dalam masa yang sama menjalankan satu program yang diilhamkan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan iaitu “Cuci Kuala Lumpur”. DBKL turut akan memastikan pam-pam di kawasan hotspot banjir dalam keadaan baik serta membekalkan pam di kawasan yang tidak mempunyai pam.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut