ANAK JOHOR, FLORENCE TAN CIPTA NAMA DI PERINGKAT DUNIA

Tahniah!! Florence Tan

JOHOR BAHRU, 9 Mei 2022 – DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan anak kelahiran Johor yang menempa nama di luar negara. Anak kelahiran Muar, Johor dari sebuah perkampungan nelayan, Florence Tan kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), berpangkalan di Amerika Syarikat. Kejayaan Florence Tan merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa. Baginda Tuanku Sultan, bertitah pencapaian anak kelahiran Johor itu juga akan menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan diperingkat dunia.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …