KUALA LUMPUR, 6 MEI 2022 – Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan (PWP), Puan Ummi Kalthum binti Shuib bersama lima (5) anggota telah hadir untuk aktiviti plogging sempena Ops Cuci KL. Selain plogging, aktiviti pembersihan laluan pejalan kaki dan laluan air longkang (scupper drain) turut dilaksanakan. Pihak DBKL juga telah menghantar seramai 40 anggota dalam program ini.
Pihak Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) pula menyediakan 30 anggota dan tujuh (7) unit High Pressure Jetter bagi melancarkan kerja pencucian. Operasi telah dipecahkan kepada tiga (3) kawasan berikut iaitu Jalan Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Selain memantau kualiti perkhidmatan AFSB, Puan Ummi Kalthum binti Shuib bersama Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut melihat keadaan struktur longkang dan aliran air dalam longkang. Perbincangan bersama telah dilakukan di lapangan bagi mendapatkan penyelesaian dalam masa terdekat. Kumpulan yang disertai oleh PWP bersama Datuk Bandar juga berjaya membuat plogging sejauh 5km dengan sisa seberat 34kg berjaya dikutip.
SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya