TREN KHAS EKSPRESS KELUARGA MALAYSIA

 

Ustaz Dato’ ketika hadir untuk pelepasan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia bagi perjalanan balik di Stesen Wakaf Bharu malam tadi.
Tren khas ini diperkenalkan khusus untuk membawa pulang Keluarga Malaysia bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Inisiatif KTMB ini amat baik kerana dapat memenuhi permintaan perantau atau rakyat yang mencari alternatif untuk pulang ke kampung.
Kita sedia maklum bahawa aliran trafik di pantai timur sentiasa sesak lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Dengan adanya tren khas ini, pengalaman balik kampung menjadi lebih baik lebih-lebih lagi dengan harga tambang yang berpatutan. Tren EKM menawarkan sebanyak 696 tempat duduk bagi laluan Tumpat – KL Sentral.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …