SELAMAT PULANG KE PERANTAUAN

 

Setelah berhari raya di kampung halaman, kini tiba masanya untuk kembali pulang ke perantauan. Jalan raya serta lebuh raya mula sibuk dengan kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.
Rancang perjalanan anda. Lakukan persiapan secukupnya untuk menempuhi perjalanan yang mungkin akan memakan masa yang lebih panjang daripada biasa.
Dapatkan maklumat terkini berkaitan aliran trafik untuk memudahkan perjalanan anda. Sekiranya bercadang untuk membawa bekalan makanan sebagai hidangan semasa dalam perjalanan, amalkan Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan bagi memastikan makanan tersebut masih selamat untuk dimakan.
Selain itu sekiranya anda memilih untuk makan di premis makanan yang terdapat di hentian rehat, pastikan anda memilih premis makanan yang bersih.
Elakkan kejadian keracunan makanan semasa di dalam perjalanan.
‘Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama’

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …