MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN ANTARA EDUCITY ISKANDAR MALAYSIA SDN. BHD DAN MENTERI PENDIDIKAN REPUBLIK MALDIVES

JOHOR BAHRU, 7 Mei 2022 – YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telahhadir dalam satu Majlis Upacara Pertukaran Dokumen antara EduCity Iskandar Malaysia Sdn. Bhd dan Menteri Pendidikan Republik Maldives, Dr Aishath Ali. Antara inisiatif yang akan diterajui oleh EduCity Iskandar ini merangkumi program pembangunan bakat yang komprehensif, peningkatan ekosistem pendidikan seperti Digital Classroom, AR/VR, dron, robotik, STEM dan program IR 4.0. Kerjasama ini juga menjadi platform terbaik untuk pertukaran ilmu pendidikan, termasuklah pertukaran pelajar antara Johor dan Republik Maldives.

Tahniah dan terima kasih kepada Iskandar Investment Berhad, EduCity Iskandar Malaysia serta semua pihak yang bertungkus lumus merealisasikan perkara ini.

Semoga program ini akan menjadi permulaan hubungan yang baik dan berkekalan antara Johor dan Republik Maldives, yang akan membawa manfaat besar kepada kedua-duanya, khususnya untuk generasi akan datang.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut