KES DISAMUN OLEH RAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya telah membuat tangkapan seorang lelaki berusia 41 tahun olehΒ  kerana disyaki terlibat dengan kes samun di Permatang Damar Laut, Batu Maung Pulau Pinang.
Pada 28 April yang lalu, pihak Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 25 tahun yang mendakwa telah dipukul oleh kawannya dengan tukul. Saspek turut membawa lari sebuah motosikal dan beg galasnya yang mengandungi telefon bimbit serta wang tunai.
Bertindak atas maklumat, Polis Barat Daya berjaya mengesan dan menangkap saspek di Gelugor, Pulau Pinang pada 5 Mei 2022. Dalam tangkapan tersebut, pihak polis juga turut merampas sebuah motosikal, sebuah telefon bimbit dan tukul dipercayai senjata yang digunakan semasa menyerang mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut