CINTAI KEBERSIHAN PANTAI PULAU MUTIARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Pada 5 Mei 2022, pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan rondaan di kawasan sekitar pantai di Negeri Kita. Hasil rondaan mendapati pengunjung yang berkunjung kawasan terbabit peka dalam menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya di kawasan percutian (tepi pantai) di Pulau Pinang.

Dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai MBPP yang bertugas di kawasan-kawasan tersebut sentiasa memantau dan memberi khidmat nasihat kepada orang awam khususnya para pelancong supaya mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan yang di lawati.

Sisa pembungkus makanan, minuman dan sebagainya haruslah dikumpulkan dan dibuang ke tong sampah yang berhampiran. Para petugas kebersihan MBPP akan memungut dan mengosongkan tong sampah yang telah penuh untuk kegunaan pengunjung seterusnya.

Jom warga Pulau Pinang. sama-sama kita jadikan percutian bersama keluarga menjadi memori indah serta meninggalkan kenangan manis dan bukannya meninggalkan sampah terbiar begitu saja.

Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang. MBPP

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut